Selasa, 29 Oktober 2013

CINTA DAN PERSAHABATAN

KETIKA SAHABAT MENJADI CINTA
Ini adalah sepenggal potret kehidupanku yang dikelilingi orang orang yang menyayangiku, mereka bukan lah temanku tapi mereka aku anggap sebagai saudaraku sendiri.



Berawal dari Hobby yang sama dan satu pemikiran yang menyatukan berbagai perbedaan.

Jauh dari ikatan keluarga tapi lebih dari sebuah ikatan yang kini aku jalankan bersama mereka semua.




Dikala ku sendiri kau hadir 
Disaat ku terpuruk kau hadir
Disaat ku sunyi kau hadir
   Disetiap momen kau selalu ada
   Datang hanya untuk menghiburku
   Datang hanya untuk membuat
   kesunyian itu pergi<


Terima kasih kawan atas kebahagian dari sebuah arti persahabatan yang ku jadikan sebuah tali persaudaraan.




friend matrix from fb
friend matrix from fb



















Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata Tidak di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata Ya.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
~ Khalil Gibran

Tidak ada komentar:

GELATIK MENCARI CINTA